Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita bertemu dengan bulan Ramadhan 1436H.
Untuk kita niatkan di dalam hati niat untuk berpuasa esok hari.
Untuk kita bersiap-siap ke masjid & surau untuk Solat Sunat Tarawikh.
Untuk kita tingkatkan amal ibadah..
Untuk kita bertadarus dan melakukan amalan-amalan kebajikan..
Untuk kita manfaatkan kelebihan-kelebihan yang ada di dalam bulan yang mulia ini..
JADI,
Entri ini dikhaskan untuk berkongsi ilmu dan amalan solat sunat Tarawikh.
Didalam riwayat hadith oleh Imam Muslim, ada menyatakan tentang kelebihan Solat Sunat Tarawikh yang maksudnya adalah:
“Dari Abu Hurairah RA
bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih)
pada malam bulan Ramadan
dengan penuh keimanan dan keikhlasan
maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu.”
(Riwayat Muslim)
Hukum Sembahyang Sunat Tarawih
a) Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan
oleh orang orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap
malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau
berjemaah.
b) Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat
sembahyang orang-orang Islam.
Waktu Sembahyang Sunat Tarawih
Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat
ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:
i. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan
sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada
juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
ii. Pada zaman Rasullullah SAW sembahyang tarawih dikerjakan
sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu
keberatan.
Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang
meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah
mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab RA pula beliau
melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau
berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu
tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat
pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan
lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
v. Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:
Rukun Sembahyang Sunat Tarawih
Rukun sembahyang sunat tarawih ini samalah dengan rukun
sembahyang yang lain juga.
Kaifiat Sembahyang Sunat Tarawih 20 Rakat :
i) Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat
sembahyang sunat tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang
tertentu:
No comments:
Post a Comment