ASSALAMUALAIKUM..
30 Syaaban 1436H.Mari selawat ke atas junjungan nabi ﷺSAW
DUNIA HANYA SEMENTARA
"Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya.
Tapi apabila dunia ada di hati, maka tidaklah akhirat akan menemaninya.
Itu kerana akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina."
(Abu Sulaiman Ad Dorani)
Hidup tak kekal lama,
Tak akan dapat menongkat dunia,
Kerana dunia sifatnya sementara,
Beribadatlah kepada-Nya.
sekarang ni da masuk hari terakhir dalam bulan Syaaban,
jadi nak kongsi sikit sabda Nabi SAW tentang bulan Syaaban.
Sabda Nabi SAW:
Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu kepadaNya,
kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanKu atas kamu.
JADI,
Tinggal kurang 1 hari lagi untuk kita bertemu dengan tanggal 1 Ramadhan 1436H,
bulan yang mempunyai banyak kelebihan.
Antara kelebihan bulah Ramadhan:
Abu Hurairah menyatakan:
telah bersabda Nabi SAW yang bermaksud:
Apabila telah tibanya Ramadhan,
dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka,
dan diikat segala syaitan.
[Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad & Baihaqi]
memandangkan besok adalah hari pertama untuk kita berpuasa pada tahun ini,
ingin saya kongsikan niat yang perlu kita laksanakan sebelum kita mula berpuasa.
NIAT PUASA SEBULAN PENUH, DOA NAK PUASA BESOK & DOA BERBUKA.
No comments:
Post a Comment