Wednesday, 17 June 2015

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIKH

ASSALAMUALAIKUM..

Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita bertemu dengan bulan Ramadhan 1436H.

Untuk kita niatkan di dalam hati niat untuk berpuasa esok hari.

Untuk kita bersiap-siap ke masjid & surau untuk Solat Sunat Tarawikh.

Untuk kita tingkatkan amal ibadah..

Untuk kita bertadarus dan melakukan amalan-amalan kebajikan..

Untuk kita manfaatkan kelebihan-kelebihan yang ada di dalam bulan yang mulia ini..


JADI,
Entri ini dikhaskan untuk berkongsi ilmu dan amalan solat sunat Tarawikh.

Didalam riwayat hadith oleh Imam Muslim, ada menyatakan tentang kelebihan Solat Sunat Tarawikh yang maksudnya adalah:

“Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah saw telah bersabda : 
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh  keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu. (Riwayat Muslim)

Hukum Sembahyang Sunat Tarawih 


a) Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. 

b) Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam. 

Waktu Sembahyang Sunat Tarawih 

Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat. 

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih: 


i. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. 

ii. Pada zaman Rasullullah SAW sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. 
Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat. 

iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab RA pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu. 

iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. 

v. Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:



Rukun Sembahyang Sunat Tarawih 

Rukun sembahyang sunat tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain juga.


Kaifiat Sembahyang Sunat Tarawih 20 Rakat :

i) Bacaan Surah Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang tertentu:


Bacaan Sebelum Memulakan Sembahyang Sunat Tarawih:





























Selamat Beramal..


Semoga kita mendapat pahala dan keberkatan di bulan yang mulia ini..


Semoga segala kejahatan dapat ditinggalkan dan amal kebajikan digandakan.













Tuesday, 16 June 2015

SYAABAN menuju RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM..

30 Syaaban 1436H.

Mari selawat ke atas junjungan nabi ﷺSAW


DUNIA HANYA SEMENTARA

"Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya.
 Tapi apabila dunia ada di hati, maka tidaklah akhirat akan menemaninya.
 Itu kerana akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina."
 (Abu Sulaiman Ad Dorani)

Hidup tak kekal lama,
Tak akan dapat menongkat dunia,
Kerana dunia sifatnya sementara,
Beribadatlah kepada-Nya.

sekarang ni da masuk hari terakhir dalam bulan Syaaban,
jadi nak kongsi sikit sabda Nabi SAW tentang bulan Syaaban.

Sabda Nabi SAW:
Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu kepadaNya,
kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanKu atas kamu.

JADI,

Tinggal kurang 1 hari lagi untuk kita bertemu dengan tanggal 1 Ramadhan 1436H,
bulan yang mempunyai banyak kelebihan.

Antara kelebihan bulah Ramadhan:

Abu Hurairah menyatakan:
telah bersabda Nabi SAW yang bermaksud:
Apabila telah tibanya Ramadhan,
dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka,
dan diikat segala syaitan.
[Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad & Baihaqi]





memandangkan besok adalah hari pertama untuk kita berpuasa pada tahun ini,
ingin saya kongsikan niat yang perlu kita laksanakan sebelum kita mula berpuasa.

NIAT PUASA SEBULAN PENUH, DOA NAK PUASA BESOK & DOA BERBUKA.