Tuesday, 7 July 2015

REMAN / REMAND

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
21 Ramadhan 1436H
MALAM PERTAMA 10 malam terakhir

REMAN




Apa itu reman?

Reman adalah proses penahanan sementara suspek untuk siasatan awal pihak polis/agensi-agensi penguatkuasa lain jika terdapat aduan tentang kesalahan jenayah yang dilakukan.



Bolehkan seseorang yang direman diwakili peguam?



BOLEH! Seseorang yang ditahan reman boleh untuk diwakili peguam.

Tapi…

Bagi kebanyakan kes, jarang untuk kita dengar pihak polis memberi peluang untuk orang-orang ini menghubungi keluarga, apatah lagi peguam (kecuali orang-orang BESAR @ kes-kes BESAR). DAN jarang sekali untuk ahli keluarga tahu bahawa ada ahli keluarga mereka ditangkap. Sehinggalah pada 2 hari ataupun 1 hari sebelum mereka-mereka ini di tuduh @ di reman di Mahkamah.

Malangnya, ada juga yang tidak tahu langsung sehinggalah selepas dituduh. maka, untuk kes yang boleh jamin, tidak ada orang yang datang untuk bayar jamin. ALAMATNYA?? ke penjara la jawabnya..




Seksyen & Peruntukan yang berkaitan..

SEKSYEN 117 Kanun Tatacara Jenayah @ KTJ @ CPC

Sebelum berbicara tentang seksyen 117 KTJ, kita perlu tahu, di bawah seksyen 28 KTJ, seseorang yang ditahan perlu di bawa ke hadapan Hakim Majistret dalam masa 24 jam selepas ditahan, untuk memohon kebenaran untuk mereman mereka kerana penyiasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam.

Contoh:- sekiranya seseorang ditahan pada 9 julai 2015 , jam 9.30 pagi, tahanan tersebut perlulah (wajib) dibawa ke hadapan Majistret untuk di sambung remannya sebelum 10 julai 2015, jam 9.29 pagi.

Permohonan reman ini boleh sahaja dibuat pada hari sabtu, ahad @ hari apa sahaja, tak kira jam 1 @ 2 pagi sekali pun. Tidak semestinya di hadapan Hakim Majistret di Mahkamah. Di Balai Polis, di lokap malah di atas kapal terbang sekalipun boleh(ye ke). Yang penting:-

1) DI HADAPAN HAKIM MAJISTRET;
2) DALAM TEMPOH 24 JAM.



*** Pernah sekali, sewaktu mewakili suspek @ Orang yang disyaki @ OYS (belum jadi OKT lagi, sebab belum dituduh di mahkamah), permohonan reman OYS ni diTOLAK kerana lambat 10 minit. Ditangkap semalam pukul 10.30 pagi, di bawa besoknya dihadapan HAKIM MAJISTRET pukul 10.40 pagi (padahal pukul 9.00 pagi da sampai, tapi beratur, ada lagi 100 lebih lagi OYS tengah tunggu turn nak sambung reman) nasib baik si OYS ni orang yang ke 80++ lebih untuk mohon sambung reman. Time tu da 10.40 pagi. Apa nak buat, terpaksalah lepas. ALHAMDULILLAH.

BALIK ke seksyen 117 KTJ ni.

Selepas di tahan, dan pihak polis tak boleh nak habiskan siasat (torture/seksa) dalam masa 24 jam, kenalah mintak sambung kan?

So, nak dapatkan kebenaran sambung reman, kenalah ada sebab-sebab untuk percaya bahawa tuduhan @ maklumat itu berasas. Pihak polis kena buat siasatan segera (segera ke?) dan masa tu, kena hantar satu salinan catatan harian @ SD (Station Diary kot x silap nama dia) & bawak jugak OYS ni dihadapan HAKIM MAJISTRET untuk mintak sambung reman.

BERAPA LAMA BOLEH REMAN?

1. Untuk kesalahan jenayah yang hukuman penjara adalah kurang dari 14 tahun (contoh: curi, pukul etc) OYS ni boleh ditahan reman selama 4 HARI (bagi 1st application) & 3 HARI  (untuk 2nd application)

2. Untuk kesalahan  yang hukuman maksimum lebih 14 tahun (contoh: rogol, bunuh, samun, dadah etc) OYS tu boleh ditahan selama 7 hari (bagi 1st application) & 7 hari (untuk 2nd application)



DIMANA MEREKA NI (OYS) DI TEMPATKAN?

Biasanya lokap balai polis.


BOLEH JAMIN TAK?

Jawapan: BOLEH & TAK BOLEH?




KENAPA?

Kena tengok kesalahan, sebab ada kesalahan jenayah ada 3 kategori:

a) BAILABLE (boleh jamin)
b) NON-BAILABLE (tak boleh jamin, tapi mahkamah boleh bagi, xnak bagi pun boleh)
c) UNBAILABLE (tak boleh jamin langsung (tapi ada je 2 3 kes yang bagi)

a) Contoh kes Bailable – curi dan menyebabkan kecederaan


b) Contoh yang Non Bailable – kes rogol, samun, dadah (s.6, 12(2) & 39A(1))

c) Contoh yang UNBAILABLE – kes bunuh, senjata api (seksyen 8), culik (seksyen 3), dadah (39B, 39A(2), 6B)


APA JADI LEPAS HABIS TAMAT TEMPOH MAKSIMUM UNTUK REMAN?

i) Terus dituduh di MAHKAMAH
ii) Diberi jamin  polis
iii) dibebaskan



sekian.